Pages

Subscribe:

Labels

Jamu Seri Dewi Malam (SDM - MT) Order Form

Friday, 20 January 2012

Bantuan Awal Untuk Bayi dan Kanak-Kanak Tercekik atau Tersedak Susu

Assalammualaikum



Kes kematian bayi akibat tersedak susu dan tercekik semakin meningkat baru-baru ni. Kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak. Sedih bila terkenangkan bayi yang baru nak mengenal dunia menerima akibat dari kelalaian orang dewasa. 

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Justeru, ibu bapa dan ahli keluarga perlu belajar sedikit sebanyak teknik pertolongan kecemasan supaya mereka sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang tidak diduga.
Sebagai persediaan, langkah di bawah diharap dapat dijadikan panduan.

Bayi (Umur kurang daripada setahun)
Tanda-tanda tercekik:
  • Bayi sukar bernafas
  • Muka dan leher menjadi merah
  • Bayi mengeluarkan bunyi aneh atau menjadi senyap
Bantuan Kecemasan:
  1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi, ini akan memburukkan keadaan.
  2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.
  3. Tepuk belakang bayi lima kali (bawah sedikit dari bahu) sehingga makanan atau cecair keluar atau sehingga bayi menangis. 
  4. Terlentangkan bayi, periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.
  5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah atas lima kali (tiga saat setiap tekanan).
  6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.
Kanak-Kanak (antara satu hingga tujuh tahun)

Tanda-tanda tercekik:
  • Sesak nafas
  • Susah bercakap
  • Batuk
  • Tidak boleh bernafas, bercakap dan batuk teruk (jika tercekik sepenuhnya)
Bantuan Kecemasan:
  1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak batuk.
  2. Tepuk lima kali di belakang anak (di belakang dada). periksa mulutnya.
  3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakanga anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri,
  4. Taik bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah 5.
  5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, hubungi ambulans.
Walaupun begitu, bukan bayi sahaja yang mengalami masalah tercekik kerana ia turut  dihadapi  orang dewasa.
Bantuan kecemasan bagi orang dewasa:
  1. Suruh mangsa batuk beberapa kali untuk keluarkan benda yang tersengkang di tekaknya.
  2. Bongkokkan badan mangsa ke depan dan tepuk badannya lima kali.
  3. Jika mangsa masih tercekik, berdiri di belakang mangsa (seperti memeluk dari belakang) dan tarik tangan anda ke atas. Ulang lima kali.
  4. Ulang semua langkah sehingga objek dapat dikeluarkan. Jika keadaan masih tidak berubah, segera hubungi ambulans.



Sunday, 15 January 2012

Be the first to share the latest awesome news!

campaign image


Churp Churp offers the latest awesome news for you to share with your friends, both campaigns and cool stories and even mind blowing videos!

Get your friends on board to share the latest campaigns and get rewarded for it! We're rewarding you with RM1 when your friend signs up through you and shares a campaign! Just like that!

So, the more, the merrier! What are you waiting for?
Click here!! U're gonna be hooked on the stories we have!

Friday, 23 December 2011

Tidur Yang Mendapat Pahala

Assalammualaikum

Artikel ni sangat menarik untuk dikongsi. Sumber saya dapat dari laman web WanWMA. Bersama-samalah kita amalkan ye.


Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. 

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
  4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. (Buka file semula itu maksudnya file hutang-hutang orang kepada kita. Bukan kesalahan orang. Seandainya kita mati berazamlah untuk menghalalkan semuanya. Jika tidak orang hidup akan terseksa. Jika masih hidup, hutang-hutang itu masih boleh diminta kerana ia hak kita.)
  8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

Friday, 16 December 2011

Peranan Suami Semasa Isteri Hamil

Assalammualaikum..

Harini nak share sedikit info tentang peranan suami semasa isteri hamil. Info ni dh lama simpan tak ingat dari blog mana.

TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi: 
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami pasangan:
- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan:
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya.
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam, kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.

TRIMESTER KEDUA
Masa-masa bahagia:
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami pasangan:
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim (khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan:
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkaitan dengan kehamilannya.
- Seboleh mungkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
- Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA
Takut dan cemas:

Perkara yang dialami oleh pasangan:
- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan:
- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi, bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.

Thursday, 15 December 2011

Belaian Ibu - Hijjaz




Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban 
Perjalananmu penuh rintangan 
Kau titipkan kasih sayang 
Sejujur pengorbanan 
Tak ku nafikan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Kau insan penyayang 
Betapa ku merindu 
Lembutnya belaian ibu 
Membuatku terlena 

Di wajah terlukis tenang 
Debar di dada kau rahsiakan 
Ku pastikan dikau aman 
Dikurnia sejahtera 
Tak ku lupakan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya kau satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapaku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu

Sunday, 11 December 2011

Kata-Kata itu Doa..

Assalammualaikum..



Tertarik dgn satu artikel di majalah Solusi (Isu 33) berkaitan setiap kata-kata yg kita lafazkan adalah doa. Walaupun artikel yg ditulis dlm bentuk cerpen yg pendek tp pengajaran yg diberikan sgt bermakna. Kisahnya seperti di bawah:
Dua orang sepupu , Azam dan Halim sangat rapat dan selalu menghabiskan masa bersama-sama. Rumah mereka sebelah-menyebelah. Sangat dekat. Mereka berkongsi telaga yang sama sebagai sumber air. Malah sayur-sayuran yang ditanam pun dikongsi bersama hasilnya.
Pada suatu hari, Azam dan Halim bermain-main di halaman rumah mereka. Melihat buah jambu air yang merah ranum di atas pokok itu, mereka sepakat ingin memanjat pokok itu. Tujuannya satu, hanya ingin menikmati keenakan jambu yang banyak airnya itu di tengah-tengah terik bahang matahari.
Memanjat pokok itu kemahiran semulajadi yang dimiliki mereka berdua. Kurang seminit, masing-masing telah duduk di atas dahan pilihan mereka. Mereka memilih posisi yang memudahkan mereka untuk mencapai buah jambu air yang bergayutan.
Kedudukan Azam lebih tinggi daripada Halim. Halim memilih dahan yang rendah sedikit. Petik dan terus dikunyah. Seronok benar mereka menikmati jambu air segar dari pokok.
Ibu Halim yang kebetulan baru memberi makan ayam di belakang rumah ternampak anaknya dan Azam yang berada di atas pokok.
" Halim, buat apa di atas pokok tu? Nanti jatuh. kan ada banyak kerengga tu," jerit ibu Halim.
Mendengar jeritan ibunya, Halim segera menoleh ke arah suara itu. Akibatnya Halim hilang keseimbangan badan dan ketika cuba menggapai dahan berdekatan, terpegang pula sarang kerengga yang berbalut kemas di balik helaian-helaian daun.
Gedebuk! Halim tetap jatuh ke tanah walau telah mencapai dahan terdekat. Sewaktu Halim hampir-hampir terjatuh, pokok jambu itu bergoyang-goyang. Azam  yang berada lebih tinggi daripada Halim turut hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh. Pada masa yang sama, bapa Azam yang berada di dalam rumah terdengar jeritan ibu Halim terus menjenguk ke luar tingkap.
"Hati-hati Azam! Pegang dahan tu kuat-kuat!"
Azam berjaya berpaut kuat dan bertindak segera turun dari pokok. Tiada apa-apa yang berlaku kepada Azam.
Pengajaran : kata-kata itu mencetuskan doa. Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif. Begitu juga sebaliknya. 
(Majalah Solusi: Isu no.33) 

Itu antara petikan dari majalah solusi, walaupun ringkas tp pengajarannya cukup bermanfaat. Artikel itu menyedarkan diri supaya sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik terutama sekali kepada anak-anak kita. 

Thursday, 8 December 2011

Mulakan Dgn Nama ALLAH




Rasulullah S.A.W bersabda:
((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)